IHYA RAMADAN: Jom Mengaji @ NADI bersama Ustaz Azam Din
7 Mac 2026 | Aktiviti Terkini2.00 – 3.00 petang
Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, NADI menjemput komuniti untuk bersama-sama menghidupkan suasana ibadah melalui program Jom Mengaji bersama Ustaz Azam Din. Sesi ini bertujuan menggalakkan masyarakat mendekatkan diri dengan al-Quran, memahami keindahan ayat-ayat suci, serta menghayati nilai spiritual Ramadan. Program ini bukan sahaja memberi peluang untuk membaca al-Quran secara berjemaah, tetapi juga memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: